"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

26 May 2016

Tip Mengurangkan Berat Badan Yang Berlebihan



·           Bersarapan seperti biasa, tetapi cuba gantikan diet dengan menu yang ringan seperti roti bakar bersama segelas susu.

·           Bagi mengelakkan ibu hamil sentiasa berasa lapar, cuba ambil kudapan dengan kerap.

·           Hindari makanan yang berlemak, berminyak serta bergoreng. Cuba gantikan dengan makanan yang dimasak secara rebus, bakar, kukus, mahupun  berpanggang.

·           Hindari makanan yang kaya dengan lemak tepu serta makanan ringan yang mengandungi lemak dan sodium.

·           Amalkan diet yang sihat dan seimbang. Lengkapkan pemakanan dengan pengambilan vitamin, kalsium, asid folik, besi, mineral dan nutrien yang baik untuk tubuh.

·           Banyakkan minum air. Disarankan minum antara 8 hingga 12 gelas air sehari. Hindari minuman yang mengandungi perisa tambahan serta yang mengandungi soda kerana ia akan menambahkan kalori dalam badan. Air mampu mengeluarkan toksin dalam badan.

·           Jadikan senaman mudah sebagai rutin harian. Ibu hamil boleh lakukan pelbagai senaman ringkas dan mudah seperti berjalan, menaikki anak tangga dan sebagainya.

·           Pengambilan suplemen dapat membantu ibu hamil melengkapkan nutrien yang diperlukan badan. Awas! Dapatkan nasihat dari doktor sebelum mengambil apa-apa suplemen.


No comments:

Post a Comment