Terdapat juga ibu hamil yang hilang minat untuk melakukan hubungan seks ketika
kehamilan, terutamanya di awal dan akhir kehamilan. Ibu hamil merasakan kurang
bernafsu ketika ini disebabkan terlalu penat serta teruk mengalami alahan
mengandung seperti mual, muntah dan pening-pening. Di samping itu,
perubahan diri yang berlaku sedikit demi sedikit terhadap tubuh sepanjang
kehamilan membuatkan sesetengah ibu hamil merasa rendah diri serta malu untuk berhadapan
dengan pasangan. Ini menyebabkan nafsu seks ibu hamil agak menurun.
Walaupun
ada ketikanya hubungan seks tidak dapat dilakukan, namun ini tidak bererti anda
tidak perlu menunjukkan perasaan kasih sayang antara satu sama lain. Anda dan
pasangan boleh meluahkan perasaan kasih sayang dengan berpelukan, bercumbuan,
berdakapan, mengusap, ciuman ataupun belaian tanpa perlu melakukan hubungan
seksual.
No comments:
Post a Comment